Salam... Hai All !!!
Haiiii.. haha happy tak korang bila dengar tajuk atas tu ? mesti la kan..
TREBLE Malaysia !.. sebelum tu kita mesti la wish CONGRATULATIONS to atlit2 negara yang telah mengharumkan nama MALAYSIA ni. Dalam sehari je,banyak kejayaan negara yang kita dengar..
OK ! yang dah tau tu, tak pe..just nak cakap jugak bagi sapa2 yang x berkesempatan tengok.TREBLE Malaysia ni sempena kemenangan 3 kejayaan sekali gus dari 3 sukan yang berbeza dalam masa 1 hari. 3 kejayaan tu dari sukan PERMOTORAN,
BOLA SEPAK & BADMINTON.
FIRST. dari sukan permotoran.dimana MUHAMMAD ZULFAHMI KHAIRUDDIN @ZULFAHMI @FAHMI63 telah mengharumkan nama malaysia dipersada motoGP. ZulFahmi dari Team AirAsia SIC Ajo kategori Moto3 kelas 250cc telah mempamirkan aksi cemerlang beliau dimana menduduki podium ke 2 dibelakang Sandro Cortese lawan nya. Hampir keseluruhan aksi dikuasai oleh ZulFahmi.Namun bak kata beliau, selekoh last adalah misteri..kesilapan dia untuk lambat menekan brek membolehkan cortese memintas diselekoh terakhir sekaligus menjadi juara moto3.
ZulFahmi afer race.Happy gila muka :)
Sandro Cortese juara moto3 memeluk & myb wish congrats kt Fahmi jugak..hehe
Ujian masa untuk menentukan petak pada race sebenar telah dibuat masa hari sabtu sebelum race sebenar tu. Masa ujianmasa tu Fahmi telah berjaya menduduki tempat pertama & sekaligus time race sbenar fahmi dapat 1st pole position. Kejayaan ni juga lebih manis apabila ini adalah sebagai hadiah harijadi nya yg ke21 pada taun ni..
HAPPY BIRTHDAY ZULFAHMI,SWEET 21 :)
Apa2 pun ini adalah kejayaan pertama anak malaysia dipersada motoGP negara. walaupun kita gagal untuk mendengar nyanyian lagu negaraku berkumandang di LITAR SEPANG, tapi kita harus berbangga dengan kejayaan anak jati malaysia kelahiran Banting,Selangor ni..hehe saja nak mention SELANGOR.kih3..orang negeri kite..weehuuu :)
Fahmi63 sentiasa mendahului yg lain.
After race..no.2 #moto3
Rasa berdebar2 je time tengok dia race..sorak dah rasa macam tengok bola ti dah masuk gol..happy bukan main..Dari dia kat cub prix aku support dia,minat dia...dari dia start masuk moto3 hingga kini berada dlm rangking top5 , bila tengok dia naik podium..aduhhh terharu nya ! sedih dalam bangga :)
Berjaya menjejak podium di Litar Sepang. #moto3 no.2 Fahmi63
Sidang akhbar. bersama juara cortese,no.2 fahmi & tempat ke3(lupa nama)hehe.
Tapi tak dilupakan jugak ! HAFIDZ SYAHRIN dalam kelas Moto2 mendapat tempat ke 4..Beliau yg bermula dipetak ke27 dan ending di tempat ke4..tapi pusingan tidak dapat dihabiskan disebabkan hujan lebat ! #CONGRATS HAFIDZ SYAHRIN 86.
Terbaik dari Fahmi63
Hope lepas ni berbaki 2 lagi saingan,ZulFahmi akan menunjukan prestasi yg sangat baik..semoga beliau terus berjaya dalam karier dia. Pada harijadi nya yg ke 21, dia dapat hadiah moto Duke 690 dari pihak KTM..dan baru2 ni Fahmi telah menerima tawarkan untuk join team Red Bull KTM Ajo ! untuk menggantikan Sandro Cortese yg akan berpindah ke moto2 ! wowww..tahniah2 kepada Fahmi..u make malaysia proud wif u ! all the best for next race..
p/s : walau tinggi mana pun anda kini, walau anda sehebat Velentino Rossi sekalipun, jangan pernah lupa dimana anda dulu,dan bagaimana..sentiasa pandang kebawah.. i lurve u because ur so Humble person..:)
SECOND...sukan BOLA SEPAK ! HARIMAU MUDA turun menentang Vietnam dalam aksi final NEWSPAPER CUPS telah menewaskan Vietnam U21 1-0 ..
Anak buah Ong Kim Swee telah mempamerkan aksi bersemangat sepanjang tempoh 90minit tu...akhirnya setelah bertungkus lumus,Harimau Muda U21 telah menjuarai Newspaper Cup 2012..
p/s: Tahniah Tahniah Tahniah buat semua player2 HARIMAU MUDA ! anda semua kenaggaan kami rakyat MALAYSIA..proud wif uoll :)
THIRD: kejayaan ketiga negara datang dari sukan BADMINTON.. Tahniah jaguh badminton negara,DATUK LEE CHONG WEI juara men single Demnark Open 2012.. DLCW dipaksa bekerja keras sebelum menang ke atas pemain muda china Pengyu. set pertama DLCW kalah dan bangkit untuk menang pada set ke 2 & 3.
Kejayaan ni juga adalah hadiah hari lahir nya yg ke 30..
Happy Birthday sweet 30 Datuk Lee Chong Wei..
Hope lepas ni DLCW dapat melakar banyak lagi kejohanan2 dunia.
Men Single DLCW johan & PENGYU naib johanDenmark Open.
p/s:selamat pengantin baru jugak buat Datuk Lee Chong Wei & Mei Choo :)
Ahhhhhhhh..penaat la masuk citer pasal entry ni,,,hehe banyak sgt pulak.ni pun ade lagi nak crite..tpi penat dah..maap la sebab banyak cerita pasal zulfahmi je..yg len sikit je.sebab aku minat moto..kih3.Ape2 pun tahniah perwira2 negara..bangga ngn koraang semua :) muahhh lurve uoll :)