Salam ... Hai All !!!
Kali nie aku nak bawa kite sama2 terbang untuk menyelami apa itu sebenarnya makna@erti sahabat/kawan... sebab sebenarnya aku sendiri x paham apa makna sebenar sahabat/kawan...
Kalau tanya aku,,memang aku akan cakap sahabat atau kawan tu adalah sama.. tang mana perbezaan tu mesti la pada perkataan/sebutan nye,,, tapi aku yakin, antara sahabat dan kawan mesti ada perbezaan nye kan.. sbab setiap orang mesti ada interpretasi yg tersendiri...tapi ape ekkkkk??? (emmmmmmmm x twu..huhuhuhuu)
Nie adalah pendapat2 orang yg aku dapat la..antaranya:
1) pada orang..darjah paling tinggi dalam berkawan adalh sahabat...sahabat pada orang merangkumi semua, dia lah TEMAN, dia lah KAWAN, dia lah MEMBER ... sebab sahabat pada orang adalah orang yang memang orang percaya yang orang berkongsi semua rahsia, rasa & perasaan...
2)KAWAN : Semua orang yang hidup dalam lingkungan hidup kita bersama, yang memang kita kenali... contohnya dalam kelas, dalam kuliah, dalam pejabat atau dikenali secara tidak sengaja melalui pelbagai cara, seperti SMS, telefon, internet, acara2 luar dan sebagainya..
SAHABAT : Orang tertentu dalam kalangan kawan kita yang telah kita anggap sebagai kawan baik, yang tahu atau memahami sebahagian daripada diri kita (biasanya tempoh masa berkawan sudah lama dan saling mengenali hati budi walaupun tidak kesemua aspek)... Sahabat biasanya juga dianggap kawan yang baik yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan.
So,,dari sini kita boleh rangkumkan yg mana ada perbezaan antara sahabat dan kawan.... setelah aku selidik2,,aku pon punya pendapat yang tersendiri...bagi aku..KAWAN adalah orang yg kita kenal sekadar kenalan biasa..yg mana belum tentu lagi kawan ni kita boleh percaya..sbab kita selalu dengaar kawan makan kawan kan?? Bagi aku kawan adalah orang biasa yang kita kenal dan bukan untuk kita kongsi masalah dengan nya..
Untuk sahabat pula...bagi aku sahabat adalah seseorang yang mana kita dah anggap part of life kita.. dia juga antara yang terpenting dalam hidup kita yg kita dah kenal lama..sahabat juga seseorang yang kita boleh percaya dan dia juga sorang yang amanah dengan kita..segala rahsia agak selesa bila mana kita kongsi bersamanya..
Itu hanya pendapat aku..sebab setiap orang mempunyai pendirian dan pendapat masing2...aku dah banyak pengalaman untuk berkawan dengan ramai orang..macam2 perangai yang aku pernah jumpa... agak sedih kalo kita dapat kawan yang penting kan diri sendiri..kadang2 fikir xda guna nya kita berkawan dengan nya..jika hanya kita yang pandai menjaga hati nya..malah dia x pandai langsung mnjaga hati kita...
So,,pesanan aku lah,,dalam hidup ni kita kena pandai untuk memilih kawan/sahabat..kerana kawan juga mempengaruhi kita..jika kita salah pilih kawan hancur la hidup kita..kawan banyak mempengaruhi dalam semua benda... dan sayangi lah sahabat kerana dia lah kawan yang terbaik untuk kita..yang boleh mmbimbing kita @ menegur kita jika kita melakukan kesalahan...
Sahabat selamanya... :)







