Sunday, 30 December 2012

Mengharap...

Hai..Hai..Hai ! =)

: : Terngah rajin nak update Blog nih : :
             HAHAHAHA

tengal sehari lagi nak masuk tahun baru 2013..
pejam celik pejam celik,sekejap je kan masa berlalu..
x sedar aku pun dah nak masuk 22..

"HAH ! 22???!!!! OMG ! ~"

hurmm, x kisah lah, cuma...
bila umur dah makin menginjak,apa lagi..
fokus untuk terus berjaya dlm hidup,
then teruskan mencari hidayah dlm hdup,
jgn pernah lalai dl hidup,
sentiasa ingat tuhan & jgn lupa..
Lakukan segala Amal kebaikan..
 ~huhuhuhuuuuuiiii :) ~ *betul kan3

                                

& tutup cerita pasal cinta cintun..
"HAH,KENAPA???"
hehe,bukan ape,maksud aku,
tutup cerita cinta cintun monyet tu..*ahaha
tak nak mengharap dah..
bila kita makin mengharap,mcm makin menjauhkan..
so,xpe..2013 mulakan hidup baru..
*forget everything even its hard !

Hard because?? 8 years ago.....
ape tu??!! hahaha..nothing..*biarlah aku je yg taw..
   "KEHKEHKEH"

tapi boleh kah? byk kali kan dah cuba..
tapi sentiasa fail ! so camner??
ermmmmmmmmm.........................
xpe lah aku try  ! 'i'ii try to find someone like u'

ok! stop..
Looking forward for new year 2013 =)




Happy Ending ! =)




HAHA..hai *Lambai

Salam.. Hai All...

hehe..tgok2 ! background baru *winkwink...
saja nak tukar mood! aku memang suka main tukar2 nih..:)

sebab ape aku pilih theme nih??? *tanya lagi..
comfirm2 la aku dah terMINAT gile citer nih !
yg minat mesti korang dah layan TWILIGHT ,
then yg latest ni "breaking dawn",
ohhh sweet la 
EDWARD CULLEN & BELLA SWAN..

ermm nak story pe ag ehh??
xpe lah,layan picture pulak la..haha..
ok byeeee C U !



* ohh sweet kan.. sama padan ! Hendsome + Cantik ! HUHUHU..

Monday, 3 December 2012

Ujian....

Salam...

Ujian...yang dimaksudkan adalah ujian Allah untuk hamba2 nya.. allah akan menguji hambanya jika hambanya itu mampu diuji.. bila2 saja dia boleh menguji & dalam berbagai2 rupa dan bentuk !

Kadang kala aku fikir aku kuat untuk menghadapinya, ye! memang aku kuat, tapi ada masanya aku x mampu tahan perasaan sendiri.. mesti air mata menjadi peneman..

Sorry bukan niat aku nak cerita segala2 nya..tapi kadang kala kita patut meluahkan,bila mana kita dah x seberapa kuat untuk menanggung kan... aku x pandai nak meluahkaan kepada orang ! jarang aku akan cerita masalah2 aku dkat orang xpecially member2 or family or saudara mara aku..sebab bila aku ada masalah aku akan diam then aku akan nangis kat tempat tersorok! tp blog ni pown bukan ade org baca pon..haha..bagus gak :)

Ini  bukaan masalah berkaitan diri aku,but its all about our.........one by one datang dan menguji kami! berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. 

Tahun 2012, tahun yg bagi kami tahun yg penuh dengan dugaan dan cabaran.. Abah pernah cakap.."semua orang ader masalah, selagi kita boleh selesai kan sendiri kita cuba selesaikan tanpa ade campur tangan org lain..lagi pun kalau masalah itu masalah peribadi kami,nak cerita kat org pown mcm orang tu boleh tolong"
so, i think keep it & try ro solve slowly...

Air mata..Air mata..Air mata........kalau dah mengalir memang susah nak berenti kan...org yg kenal aku like my member2 mesti ingat aku ni seorg yg happy & kdg kala sorg yg x serius! but kalau tgok dalaman..kalau aku dok sorang2 pk masalah yg mcm2ni memg aku akan nangis..

Sambung study....??? ermm aku memang nak giler sambung but for this time i know and i really understand my family nak aku ada sentiasa disisi mereka sekarang! dan aku rasa kalau aku sambung skrg tp dgn keadaan masalah byk mcm ni takut x focus pulak..batter aku hold dulu then settle dulu sume nya walaupun aku sedih x dpt smbung dgn member2 sekarang :(

#ok! x mauw sedih2..ok Radia chill aw.. hu ha ! hahahahahahahahahahhahahahahahhaahhaaaa

Friday, 30 November 2012

HAPPY CONVOCATION DAY !

Salam... Hai All !!!

Hei ! miss my blog larh..huhu..

so..im happy now coz im officially alumni UITM.. my konvokesyen jatuh pada 28 November 2012. Istiadat konvokesyen ni adalah yg ke77..wow! im proud to be a part of alumni UiTM..

actually im really2 miz UiTM Arau Perlis.. selama 2 tahun setengah im staying at Arau, seriously i cant forget all that moment with friends, lecturer, uitm & about perlis !

1) of coz la FSR! batch paling senior time tu xiphoid (tp mereka xda sbb praktikal) so, Trapeziod paling senior.. then Radius-->ulna-->quadricept & kami sartorius paling junior ! hehehe.. miss that time lorh :(
dari paling junior then kami jadi paling senior..perghhh hahhaa.. 
SR Sartorius-->Gracilis-->Stapedius-->Scalenes & -->Anconeus ! lengkap sudah :)

2) mizz UiTM Arau ! 1st time dpt tawaran  terpikir mcm mane lah rupe uitm tu ! then bila dah sampai perghhh ok lah ! luas, complete ngn stadium sportcom, ladang pown ader ! huahahahha.. rindu suasana uitm arau,member2 dari faculty lain :(

3) x lupa.. Perlis Indera Kayangan ! ekekekke, walaupun dok perlis panas teramat sgt,tapi happy dok sana..masa mula2 nak p sana, ingatkan pedalaman sgt ker sebab dgr2 crite mber2 sini,tapi bila dah sampai sana ! owhhh maju dah la Arau bandar diRaja tuh..huhuhu.. even kt perlis xde pape,tapi tenang wooo dok situ! xda lah jem2 xda sesak2 pokoknye relax je..hahahaha..love perlis :)

owh ya! now berbalik pada hari konvokesyen aku! aku mndapat no 5 last..haha ngantuk nyew nak menunngu.. family aku yg datang,mak, ayah, adik aku mus tu & kakk aku sorg! 

selain enjoy dapat jumpa member2 lama yg paling happy aku dapat menamatkan pngajian dgn berjaya & sedikit sbanyak dapat membanggakan mak ngn abah! huhu.. 

ok lah! xtw nak crite ape lagi..yg penting #HAPPY CONVOCATION DAY RADIA 28 NOV 2012#

me :)
*
*
*
me with mak & abah :)
*
*
*
adik aku pown nak gak! haha..
*
*
*
with wani & ila..
*
*
*
wif ummy :)
*
*
*
once again.. 
*
*
*

wif all sartorius girl.. 
*
*
*
fwenz :)
*
*
*

Then really miz that moment! take care oll & bye......


Thursday, 25 October 2012

Salam AidilAdha :)

Salam... Hai All !

Assalamualaikum... Hai pagi indah pagi hari raya Aidiladha. Dikesempatan pagi yang indah ini,saya cuma ingin ucapkan SALAM AIDILADHA dan selamat menjalani ibadah korban buat semua keluarga,kawan-kawan yang mengenali danjuga pengunjung2 blog saya..


Selain kita gembira menyambut hari raya haji ni,sesekali tu kita ambil iktibar la sedikit kisah2 sejarah dahulu kala berkaitan raya korban ni..saya nie bukan la pandai sangat bab2 sirah ni tapi at least kita kena ambil tahu juga..tak gitu?? hehe..

Taat nya Ibrahim pada Allah yang Esa,
Setianya Siti Hajar pada suami tercinta,
Hebatnya Ismail rela berkorban nyawa...
SEMUANYA DEMI ISLAM YANG TERCINTA :)


Ok lah, hari raya ni juadah kami sekeluarga rendang ayam & kuah kacang..yummu yummy ! sedap hasil air tangan mak..apa lagi jom makan..

#p/s : SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI 
& SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN.
 DAN TAK LUPA DIUCAPKAN KEPADA JEMAAH HAJI, SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR ! 
MOHON MAAF ZAHIR & BATIN :)







Tak Seindah Mimpi..

Salam.. Hai All !!!

Rasa malam ni betul-betul tak de mood la.. ermmm x tau la kenapa..Tu lar sebab tangan ni pun gatal pi bukak wall orang sana sini, pastu ade something yg spoil kan mood happy aku malam raya ni :(...

Nothing to say ! cuma boleh cakap "Tak Seindah Mimpi"......

Semua Mimpi indah-indah kan...
(kecuali mimpi ngeri or mimpi hantu, yg ni seremm.. HAHA) 
kadang2 rasa macam nak selamanya bermimpi. Tapi kita mesti back to reality !

Banyak nak cakap..tapi x tau nak mula cam mana, dari mana & bagaimana..Tak pe la, jumpa lain entry guys ! take care & Happy Always

#p/s: Jangan suka bermimpi disiang hari kerana semuanya 
"TAK SEINDAH MIMPI":)

Tuesday, 23 October 2012

TREBLE Malaysia 21/10/2012

Salam... Hai All !!!

Haiiii.. haha happy tak korang bila dengar tajuk atas tu ? mesti la kan.. 
TREBLE Malaysia !.. sebelum tu kita mesti la wish CONGRATULATIONS to atlit2 negara yang telah mengharumkan nama MALAYSIA ni. Dalam sehari je,banyak kejayaan negara yang kita dengar..

OK ! yang dah tau tu, tak pe..just nak cakap jugak bagi sapa2 yang x berkesempatan tengok.TREBLE Malaysia ni sempena kemenangan 3 kejayaan sekali gus dari 3 sukan yang berbeza dalam masa 1 hari. 3 kejayaan tu dari sukan PERMOTORAN, 
BOLA SEPAK & BADMINTON.

FIRST. dari sukan permotoran.dimana MUHAMMAD ZULFAHMI KHAIRUDDIN @ZULFAHMI @FAHMI63 telah mengharumkan nama malaysia dipersada motoGP. ZulFahmi dari Team AirAsia SIC Ajo kategori Moto3 kelas 250cc telah mempamirkan aksi cemerlang beliau dimana menduduki podium ke 2 dibelakang Sandro Cortese lawan nya. Hampir keseluruhan aksi dikuasai oleh ZulFahmi.Namun bak kata beliau, selekoh last adalah misteri..kesilapan dia untuk lambat menekan brek membolehkan cortese memintas diselekoh terakhir sekaligus menjadi juara moto3.

ZulFahmi afer race.Happy gila muka :)

Sandro Cortese juara moto3 memeluk & myb wish congrats kt Fahmi jugak..hehe

Ujian masa untuk menentukan petak pada race sebenar telah dibuat masa hari sabtu sebelum race sebenar tu. Masa ujianmasa tu Fahmi telah berjaya menduduki tempat pertama & sekaligus time race sbenar fahmi dapat 1st pole position. Kejayaan ni juga lebih manis apabila ini adalah sebagai hadiah harijadi nya yg ke21 pada taun ni..
HAPPY BIRTHDAY ZULFAHMI,SWEET 21 :)

Apa2 pun ini adalah kejayaan pertama anak malaysia dipersada motoGP negara. walaupun kita gagal untuk mendengar nyanyian lagu negaraku berkumandang di LITAR SEPANG, tapi kita harus berbangga dengan kejayaan anak jati malaysia kelahiran Banting,Selangor ni..hehe saja nak mention SELANGOR.kih3..orang negeri kite..weehuuu :)


Fahmi63 sentiasa mendahului yg lain.

After race..no.2 #moto3

Rasa berdebar2 je time tengok dia race..sorak dah rasa macam tengok bola ti dah masuk gol..happy bukan main..Dari dia kat cub prix aku support dia,minat dia...dari dia start masuk moto3 hingga kini berada dlm rangking top5 , bila tengok dia naik podium..aduhhh terharu nya ! sedih dalam bangga :)

Berjaya menjejak podium di Litar Sepang. #moto3 no.2 Fahmi63

Sidang akhbar. bersama juara cortese,no.2 fahmi & tempat ke3(lupa nama)hehe.

Tapi tak dilupakan jugak ! HAFIDZ SYAHRIN dalam kelas Moto2 mendapat tempat ke 4..Beliau yg bermula dipetak ke27 dan ending di tempat ke4..tapi pusingan tidak dapat dihabiskan disebabkan hujan lebat ! #CONGRATS HAFIDZ SYAHRIN 86.

Terbaik dari Fahmi63

Hope lepas ni berbaki 2 lagi saingan,ZulFahmi akan menunjukan prestasi yg sangat baik..semoga beliau terus berjaya dalam karier dia. Pada harijadi nya yg ke 21, dia dapat hadiah moto Duke 690 dari pihak KTM..dan baru2 ni Fahmi telah menerima tawarkan untuk join team Red Bull KTM Ajo ! untuk menggantikan Sandro Cortese yg akan berpindah ke moto2 ! wowww..tahniah2 kepada Fahmi..u make malaysia proud wif u ! all the best for next race..

p/s : walau tinggi mana pun anda kini, walau anda sehebat Velentino Rossi sekalipun, jangan pernah lupa dimana anda dulu,dan bagaimana..sentiasa pandang kebawah.. i lurve u because ur so Humble person..:)

SECOND...sukan BOLA SEPAK ! HARIMAU MUDA turun menentang Vietnam dalam aksi final NEWSPAPER CUPS telah menewaskan Vietnam U21 1-0 .. 


Anak buah Ong Kim Swee telah mempamerkan aksi bersemangat sepanjang tempoh 90minit tu...akhirnya setelah bertungkus lumus,Harimau Muda U21 telah menjuarai Newspaper Cup 2012..

p/s: Tahniah Tahniah Tahniah buat semua player2 HARIMAU MUDA ! anda semua kenaggaan kami rakyat MALAYSIA..proud wif uoll :)

THIRD: kejayaan ketiga negara datang dari sukan BADMINTON.. Tahniah jaguh badminton negara,DATUK LEE CHONG WEI juara men single Demnark Open 2012.. DLCW dipaksa bekerja keras sebelum menang ke atas pemain muda china Pengyu. set pertama DLCW kalah dan bangkit untuk menang pada set ke 2 & 3.

Kejayaan ni juga adalah hadiah hari lahir nya yg ke 30..
Happy Birthday sweet 30 Datuk Lee Chong Wei..
Hope lepas ni DLCW dapat melakar banyak lagi kejohanan2 dunia.

Men Single DLCW johan & PENGYU naib johanDenmark Open.

p/s:selamat pengantin baru jugak buat Datuk Lee Chong Wei & Mei Choo :)

Ahhhhhhhh..penaat la masuk citer pasal entry ni,,,hehe banyak sgt pulak.ni pun ade lagi nak crite..tpi penat dah..maap la sebab banyak cerita pasal zulfahmi je..yg len sikit je.sebab aku minat moto..kih3.Ape2 pun tahniah perwira2 negara..bangga ngn koraang semua :) muahhh lurve uoll :)