Salam...
dipetang yang tenang ini,dengan siulan & kicauan burung-burung,
ditambah dengan angin yg sepoi-sepoi bahasa..rasa tenang je diri ni berada dikampung halaman..berbanding kehidupan dikotaraya,kadangkala boleh membuatkan fikiran yang kusut bertambah kusut..dengan kehidupan yang sangat2 sibuk...(aik??tetibe je..haha)
tapi bukan itu yang aku ingin kongsikan..seperti dah jelas tajuk diatas, aku nak share sikit "bagaimana unuk mengekalkan PERSAHABATAN"..sebab aku baru je dpt panggilan dripada kawan lama..wow! rindunya..memang dah lama pun kami tak jumpa..rindu dia sesangat ! :) ok..move on dgn topic tadi...
[sumber]
:: Bagaimana untuk mengekalkan PERSAHABATAN ? ::
1) Anggaplah dia (sahabat) seperti keluarga sendiri..untuk lebih mengenalinya juga,memang sepatutnya lah kita juga mengenali ahli keluarga dia..berkenalan dengan ibubapa dn mungkin adik beradiknya.
2) Berkongsi saat suka duka bersama.. berada disisinya saat dia memerlukan seorang sahabat..dia (sahabat) akan berasa lebih dihargai..berkongsilah kedukaan @ kesedihan mahupun kegembiraan bersama, dan saling memberi semangat antara satu sama lain.
3) Selalu memberikan "surprise"..banyak melakukan kejutan sampai membuat dia terharu dan menangis itu memang best kan.. tak semestinya buat serprise pada hari jadinya nya je,mungkin pada hari-hari yang lain seperti hari raya ke, hari perkahwinan ke?(boleh pulak kan..marah hubby dia)..HAHA..
[sumber]
4) Memaafkan kesalahan dia, sering mendoakan kesejahteraan dia..seorang sahabat yang baik, dia akan sentiasa mendoakan kejayaan sahabatnya,kesejahteraan dirinya..biar kita doakan dia walau beratus kali sehari pun,bukan hanya selepas sembahyang sahaja..
5) Ucapkan kata-kata Terima Kasih..ucapakan kata-kata terima kasih,kerana jadikannya berharga dan penting dalam hidupnya. dan bersyukur kepada Allah kerana hadirkan dia disamping anda..
#sedikit sebanyak aku dah share,hope persahabatan kita semua till jannah..Aminn..
Rindu kawan-kawan..walaupun dunia sekarang ramai yang pentingkan diri , banyak dimedia-media massa memperkatakan "kawan-makan-kawan", mintak-mintaklah kita semua dijauhkan dari semua itu.. InsyaAllah jika persahabatan itu ikhlas, dulu, kini, & selamanyaaa dia lah "SAHABAT"
#aku sentiasa mendoakan kesejahteraan kawan2 aku & juga insyaAllah kita akan berjaya bersama :)
[sumber]




No comments:
Post a Comment