Wednesday, 23 January 2013

Rasulullah

Hijjaz [Nasyid] : Lirik Rasulullah 


Rasulullah dalam mengenangmu 
Kami susuli lembaran sirahmu 
Pahit getir pengorbananmu 
Membawa cahaya kebenaran 

Engkau taburkan pengorbananmu 
Untuk umatmu yang tercinta 
Biar terpaksa tempuh derita 
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya 

Tak terjangkau tinggi pekertimu 
Tidak tergambar indahnya akhlakmu 
Tidak terbalas segala jasamu 
Sesungguhnya engkau rasul mulia 

Tabahnya hatimu menempuh dugaan 
Mengajar erti kesabaran 
Menjulang panji kemenangan 
Terukir namamu di dalam Al-Quran 

Rasulullah kami umatmu 
Walau tak pernah melihat wajahmu 
Kami cuba mengingatimu 
Dan kami cuba mengamal sunnahmu 

Kami sambung perjuanganmu 
Walau kita tak pernah bersua 
Tapi kami tak pernah kecewa 
Allah dan rasul sebagai pembela...

#ya Rasulullah..sesungguhnya kami umat mu ini sangat merinduimu..

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

''sesungguhnya orang yang paling dekat dengan ku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku''.. -Nabi Muhammad SAW-
by: Al-Nasai & Ibnu Hibban

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul i wish for all lovely muslimin & muslimah araound the world..
May ALLAH bless all of us didunia dan akhirat.. Aminnn
Allahumma Sollli A'laa Saiyidina Muhammad

Ꮖ ᏞᎤᏤᎬ  MUHAMMAD SAW


Selamat Maulid Nabi Muhammad SAW 12 Rabiul Awal 1434H









Tertelan SEMUT ???!!

Selamat Petang semua.......

huitt..huit...tengah buat ape tuh?
petang-petang ,mcm ni seronok duduk santai-santai kat rumah sambil pekena teh panas + kuih muih kan..
ahaha..ada sebab aku nak buat cerita ni..

tengah aku duduk-duduk minum petang ni, aku rasa macam nak minum air milo yang aku beli pagi tadi kat 7e..aku pun p ke dapur,,carik punya carim dalam peti ais, rupa-rupanya tin air milo tu ada atas meja makan..so,tanpa telitikan tin tu,aku pun minum (naseb sikit je baru aku teguk) .. sekali bila aku pandang tin tu,ada nampak macam kelibat semut ! OhMYYY

-masa kecik-kecik dulu mak aku selalu cakap ni.."jauhkan makanan/minuman bersemut,sebab nanti kita susah nak menghafal @ pelupa selama 40 hari"-sejauh manakah kebenarannyer??

ape nak buat,dah tertelan kan...aku pun p sinki cuci mulut then terus minum air masak bebanyak..so,aku terpanggil untuk search ckit2 pasal tertelan semut nie kan... ok kat bawah ni,ada sedikit sebanyak info yang aku dapat...

*Jika kita tertelan semut, maka hati kita akan gelap selama 40 hari , dan mudah lupa @ mengingat atau sebagainya...
[ JAWAPANNYA ]
Tak ada hadith dalam pengetahuan kami mengenai gelapnya hati jika makan semut.Lagipun jika tertelan ,maka sudah tentu manusia tidak dikenakan sebarang hukum dan jika dengan sengaja pulak makan semut,maka ini adalah PELIK ! HAHA [sumber]

*Fakta mengenai semut : "didalam badan / mulut semut, ia mengandungi sejenis enzim yang mana bila kita makan akan memberi kesan terhadap sistem saraf otak , terutama sekali saraf pembelajaran 7 hafalan. Enzim ini yang diistilahkan 'RACUN' pada semut. kalau boleh untuk dielakkan terminum air atau termakan makanan yang ada semut.. [sumber]




#p/s : bagi aku entah la,,kena tanya yang arif bab-bab ni..p tanya dokter lah kan..ape2 pun jika boleh elak kita cuba elak..kalau nak makan / minum..teliti dulu..hehe,,

 eeh?? hehe..selingan je..haha..peace yeaww


Thursday, 17 January 2013

Bagaimana untuk mengekalkan PERSAHABATAN ?

Salam...
dipetang yang tenang ini,dengan siulan & kicauan burung-burung,
ditambah dengan angin yg sepoi-sepoi bahasa..rasa tenang je diri ni berada dikampung halaman..berbanding kehidupan dikotaraya,kadangkala boleh membuatkan fikiran yang kusut bertambah kusut..dengan kehidupan yang sangat2 sibuk...(aik??tetibe je..haha)

tapi bukan itu yang aku ingin kongsikan..seperti dah jelas tajuk diatas, aku nak share sikit "bagaimana unuk mengekalkan PERSAHABATAN"..sebab aku baru je dpt panggilan dripada kawan lama..wow! rindunya..memang dah lama pun kami tak jumpa..rindu dia sesangat ! :) ok..move on dgn topic tadi...

[sumber]

 :: Bagaimana untuk mengekalkan PERSAHABATAN ? ::

1) Anggaplah dia (sahabat) seperti keluarga sendiri..untuk lebih mengenalinya juga,memang sepatutnya lah kita juga mengenali ahli keluarga dia..berkenalan dengan ibubapa dn mungkin adik beradiknya.

2) Berkongsi saat suka duka bersama.. berada disisinya saat dia memerlukan seorang sahabat..dia (sahabat) akan berasa lebih dihargai..berkongsilah kedukaan @ kesedihan mahupun kegembiraan bersama, dan saling memberi semangat antara satu sama lain.

3) Selalu memberikan "surprise"..banyak melakukan kejutan sampai membuat dia terharu dan menangis itu memang best kan.. tak semestinya buat serprise pada hari jadinya nya je,mungkin pada hari-hari yang lain seperti hari raya ke, hari perkahwinan ke?(boleh pulak kan..marah hubby dia)..HAHA..

[sumber]

4) Memaafkan kesalahan dia, sering mendoakan kesejahteraan dia..seorang sahabat yang baik, dia akan sentiasa mendoakan kejayaan sahabatnya,kesejahteraan dirinya..biar kita doakan dia walau beratus kali sehari pun,bukan hanya selepas sembahyang sahaja..

5) Ucapkan kata-kata Terima Kasih..ucapakan kata-kata terima kasih,kerana jadikannya berharga dan penting dalam hidupnya. dan bersyukur kepada Allah kerana hadirkan dia disamping anda..

#sedikit sebanyak aku dah share,hope persahabatan kita semua till jannah..Aminn..
Rindu kawan-kawan..walaupun dunia sekarang ramai yang pentingkan diri , banyak dimedia-media massa memperkatakan "kawan-makan-kawan", mintak-mintaklah kita semua dijauhkan dari semua itu.. InsyaAllah jika persahabatan itu ikhlas, dulu, kini, & selamanyaaa dia lah "SAHABAT"

#aku sentiasa mendoakan kesejahteraan kawan2 aku & juga insyaAllah kita akan berjaya bersama :)

[sumber]





















Wednesday, 16 January 2013

Morning All :)

Morning Gergeous....
wake up ! wake up ! 


wake up with a good attitude everyday..okeyh !


make a great smile :)

:: may joy & happiness..accompany you throughout day & night,
wishing you a very good & nice Thursday... ::


#Have a nice day..morning Thursday :)




Bermadah...

Indahnya kata-kata mampu buat kita terpukau...dan lebih manis jika kata-kata itu diselitkan sekali dengan keikhlasan dari hati...dan segala-galanya akan lebih manis andai dituturkan sendiri oleh empunya badan..

#Indahnya jika dihayati.. :)







Tuesday, 15 January 2013

Tukar Lagi.. :)



Tadaaaaa...............


Hehehew..tukar background lagi..

boring la..

nak try banyak lagi..
tapi x pe la..
1 persatu dulu..
huhu :)

Enjoy !!!!!!! :)